Tuesday, 6 November 2012

Tips Hangat Pikat Wanita Melalui Bahasa Badan



Betulkah persepsi yang mengatakan hampir kebanyakan teknik anda memikat wanita bergantung kepada teknik komunikasi yang hebat .  Betul ke,yang sebenarnya ada lagi teknik lain yang lebih berkesan iaitu melalui bahasa badan. Gerakan bahasa badan mampu menyatakan banyak perihal diri anda kepada wanita yang anda minati. Berikut 5 tips bagaimana menarik perhatian wanita khususnya melalui bahasa gerak badan .
Bertenang
Tonjolkan keyakinan anda mendekati wanita dengan bersahaja dan berani. Wanita amnya,menyukai lelaki yang berkeyakinan dan kelihatan bersahaja. Bagaimana kelihatan bersahaja;
  • Jangan melilaukan mata anda mencari seseorang
  • Posisikan diri dengan selesa ketika bercakap dengan wanita
  • Bernafas melalui perut dan bukan dada
  • Tumpukan mata anda secara berhadapan dengannya Cara Berjalan 
    Bila anda berjalan,ia penting untuk menunjukkan gerakan yang hebat. Jika anda berjalan dengan kepala tunduk ke bawah dan tangan menyeluk ke poket seluar,ia menunjukkan anda tidak boleh didekati mana-mana wanita. Luruskan belakang badan anda dan berjalan dengan tinggikan sedikit  dagu anda,kemaskan dada dan longgarkan bahu ke belakang sedikit. Wanita suka lelaki yang kelihatan yakin dan lihat bagaimana artis berjalan,betapa kemas dan bagaimana sambutannya. Oochh!!
    Pertuturan 
    Percakapan mungkin dikategori sebagai teknik komunikasi,tapi ia juga sebahagian daripada bahasa gerak geri badan. Bercakap dengan laju khususnya,apa yang meraka cuba sampaikan mungkin disalah dengar. Mungkin juga meraka yang suka bercakap laju ada masalah dengan perasaan malu. Bercakap secara perlahan menunjukkan anda mempunyai kekuatan untuk mengawal setiap kata-kata anda.
    Melalui tips yang singkat ini,saya berharap anda bertemu jodoh dengan si dia,walaupun bukan mudah mengekalkannya. Tapi jodoh itu takdir tuhan.

No comments:

Post a Comment