Wednesday 30 January 2013

Kehidupan yang mendatang

Assalamualaikum.....kali nie admin nk minta pendapat anda semua,sbenarnya kusut memikirkan tema yg sesuai bju pertunangan.brang2 pun beli lagi....ley tolng admin x????agak2 warna pe yg nampk lbh simple n menarik???x lama lg admin akan mengikat pertunangan gan wanita yg admin kenal slama nie.

Tuesday 6 November 2012

Ucapan Romantik untuk Diucap kepada Teman Lelaki Anda


Mengucapkan ungkapan yang romantik atau manis kepada teman lelaki boleh menjadi sesuatu yang sukar ,ia juga bukan senang untuk mencari perkataan yang sesuai unttuk mengambarkan bagaimanakah perasaan anda kepada si dia . Ayat jiwang yang romantik dan menarik perhatian boleh datang dari sumber hati yang ikhlas.
Tips berikut mungkin membantu anda fikirkan ayat jiwang untuk si dia yang dicintai
Segala pujian yang merupakan baik untuk diucapkan merupakan permulaan yang baik. Lelaki seperti mana insan yang lain jika dipuji ,akan terbit perasaan gembira dan selesa apabila dipuji. Fikirkan perkara yang menarik tentang si dia yang anda lihat,ia pasti menghibutkan hatinya lantas menambahkan perasaan sayang kepada anda.
Melawak atau membuat aksi spontan yang mengajuknya mungkin sesuai untuk pasangan romantik seperti anda dan si dia. Ramai di antara kaum lelaki suka teman wanitanya yang suka bergurau dan melawak,anda boleh bergurau berkenaan bahasa,perlakuan namun 
haruslah berpada-pada dan jangan sampai memalukan si dia dikhalayak ramai atau didepan rakannya.
Anda juga boleh gambarkan betapa pentingnya si dia kepada anda dan bagaimana hidup anda jika si dia tiada,inilah ucapan memikat yang paling powerzz. Menunjukkan keihklasan anda berkawan dengannya mungkin menambat hatinya supaya sentiasa setia kepada anda .

Tips Hangat Pikat Wanita Melalui Bahasa Badan



Betulkah persepsi yang mengatakan hampir kebanyakan teknik anda memikat wanita bergantung kepada teknik komunikasi yang hebat .  Betul ke,yang sebenarnya ada lagi teknik lain yang lebih berkesan iaitu melalui bahasa badan. Gerakan bahasa badan mampu menyatakan banyak perihal diri anda kepada wanita yang anda minati. Berikut 5 tips bagaimana menarik perhatian wanita khususnya melalui bahasa gerak badan .
Bertenang
Tonjolkan keyakinan anda mendekati wanita dengan bersahaja dan berani. Wanita amnya,menyukai lelaki yang berkeyakinan dan kelihatan bersahaja. Bagaimana kelihatan bersahaja;
  • Jangan melilaukan mata anda mencari seseorang
  • Posisikan diri dengan selesa ketika bercakap dengan wanita
  • Bernafas melalui perut dan bukan dada
  • Tumpukan mata anda secara berhadapan dengannya Cara Berjalan 
    Bila anda berjalan,ia penting untuk menunjukkan gerakan yang hebat. Jika anda berjalan dengan kepala tunduk ke bawah dan tangan menyeluk ke poket seluar,ia menunjukkan anda tidak boleh didekati mana-mana wanita. Luruskan belakang badan anda dan berjalan dengan tinggikan sedikit  dagu anda,kemaskan dada dan longgarkan bahu ke belakang sedikit. Wanita suka lelaki yang kelihatan yakin dan lihat bagaimana artis berjalan,betapa kemas dan bagaimana sambutannya. Oochh!!
    Pertuturan 
    Percakapan mungkin dikategori sebagai teknik komunikasi,tapi ia juga sebahagian daripada bahasa gerak geri badan. Bercakap dengan laju khususnya,apa yang meraka cuba sampaikan mungkin disalah dengar. Mungkin juga meraka yang suka bercakap laju ada masalah dengan perasaan malu. Bercakap secara perlahan menunjukkan anda mempunyai kekuatan untuk mengawal setiap kata-kata anda.
    Melalui tips yang singkat ini,saya berharap anda bertemu jodoh dengan si dia,walaupun bukan mudah mengekalkannya. Tapi jodoh itu takdir tuhan.

Assalamulaikum...

pertama sekali saya nak minta maaf sebab sudah lama saya tidak update blog ini...kini saya kembali untuk bagi tip-tip yang mungkin berguna..tapi tidak ada jaminan semua boleh guna...kerana yang baik semua nya datang dari Allah S.W.T..yang salah dari kesilapan saya sendiri...okey la disini saya nak tanya sapa ada soalan yang ingin ditanya..inshaallah saya akan jawab yang mana boleh...sila la tinggalkan soalan anda dan harap anda bersabar....semoga kita ketemu lg....

Friday 27 April 2012

CIRI GADIS IDAMAN TERUNA

APA YANG MENBUATKAN KAUM ADAM BERUSAHA MENDEKATI KAUM HAWA???

wajah yang rupawan dan senyuman yang manis adalah tarikan yang ulung bagi setiap wanita.walaubagaimana
pun keperibadian yang luhur yang menarik seorang lelaki ingin menjadikan seorang wanita itu sebagai teman setianya.
kaum hawa yang sopan santun amat disukai kaum adam.wanita sedemikian bukan sahaja pandai menjaga maruah diri tetapi juga pasti tahu menghargai pasangannya dan mereka disekelilingnya.
memang tidak dapat dinafikan penampilan diri juga sangat penting bagi seorang lelaki.namun kaum adam tidak suka perempuan yang over iaitu berpakaian seksi dan dandanan yang berlebihan.kaum hawa yang menampilkan kecantikan dan gaya yang sederhana sehingga menyerlah keanggunan diri adalah idaman setiap jejaka.
sifat perempuan yang pandai membawa diri,berdikari dan berwawasan dan penyayayng adalah di antara ciri-ciri gadis yang diminati si teruna.lelaki juga gemar pada wanita yang pandai memasak,mengemas rumah dan pandai berjimat cermat.akan tetapi wanita yang kuat merajuk,cemburu buta,hipokrit,sombong lagi bongkak,suka berbohong,suka mengungkit,panas baran dan selekeh pasti wanita yang terakhir ingin disunting seorang lelaki.....




kau mawarku,
juwita kalbu,
gadis yang ku rindu,
kau remaja menawan hati ku,
merayu jiwaku.

Sunday 22 April 2012

Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?


Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.
Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.
Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan :)

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.
Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5.  Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

RASA MAHU KAHWIN

Assalamualaikum...
Aku buka mata. Dah pukul 12 tengah hari. Semalam kerja dengan tekun hingga penat sampaikan terpaksa tidur sepas subuh. Ah, tabiat lama aku yang susah hendak di tinggalkan.

Aku check iPhone 8 aku. Ada satu iMesengger dari anak sulung.

"Daddy, tadi Along ada jumpa awek comel kat airport. Dah la comel, mantap pulak tu. Sampai segan gila nak tegur. Tapi agak-agak Daddy, boleh berjaya tak kalau Along tackle dia?"

Aku menarik nafas panjang. Kemudian hembus perlahan-lahan sambil menggelengkan kapala. Kecewa dengan anak sulung ku sendiri. Dari kecil aku didik, tapi begini hasilnya. How can dia boleh segan-segan nak tegur awek comel? Sebagai lelaki sejati, istilah segan tak akan pernah wujud bila berada di hadapan perempuan. Segan-segan tu semua bullshit.

"Apasal pulak boleh segan ni? Kan Daddy dah kata depan perempuan kena high confident?"

Apa guna jadi lelaki kalau tak confident serta malu-malu? Ada ke perempuan yang nak? Okay fine memang ada sebab lelaki malu-malu sure comel gila. 

"Along tahu Daddy, tapi awek ni kalau tak silap Along, ni anak perempuan Lisa Surihani"

"Lisa tak Lisa. Kalau berkenan, tackle dia dan bawak jumpa Ibu dan Daddy. Dari dulu dok tackle perempuan, kahwin tak jugak. Daddy dulu umur 24 tahun dah kahwin dengan Ibu kamu tahu?"

Aku letak handphone aku di birai katil dan sambung baring. Bila di fikir-fikirkan balik, semakin tinggi dan maju teknologi, semakin lambat lah remaja ni nak kahwin. Tak tahu ke dulu orang umur belasan tahun dah start ada anak? Adakah anak remaja zaman sekarang terlampau manja sampai tak matang hinggakan tak boleh pikul tanggungjawab berkeluarga? Kecewa betul.

Aku bangun balik dari katil. Turun ke ruang tamu hanya dengan berboxer. Sunyi. Aku pergi pulak ke ruang dapur. Bau masakan hasil air tangan isteri dah masuk ke mulut. Dari mulut terus masuk ke hati. Mana suami tak sayang kalau isteri pandai masak ye tak?

Aku tengok wife aku tengah basuh pinggan di dapur. Di atas meja, dah tersedia segala makan minum untuk aku. Ah rajin betul bini aku ni. Tapi kalau di fikir-fikir balik, kesian juga semua benda dia nak kena buat. Sebenarnya dulu aku dah carikan seorang pembantu rumah untuk dia. Baru beberapa minit pembantu rumah dan isteri aku bertentang mata, terus isteri aku reject dia. Katanya, orang gaji yang aku carikan tu tak sesuai. Aku pun tak faham kenapa dia kata tak sesuai. Padahal aku tengok okay je orang gaji tu. Rambut blond, badan petite, muka ala-ala amoi kacukan Hong Kong. Umur baru 21 tahun. Apa yang tak sesuainya? Tapi bila aku suarakan ke tak puasan hati aku, terus dia cubit peha aku sepuas-puasnya. Dia punya cubit tu, dia cubit sipi-sipi je tau. Tapi bila sampai kedalaman tertentu, dia twist. Perh. Sampai sekarang berbirat. Sejak dari tu, aku dah tak berani carikan pembantu rumah.

Aku slow-slow jalan menuju ke arah isteri aku yang masih mencuci pinggan mangkuk. Aku berdiri betul-betul di sebelah kiri dia. Tangan kanan aku, aku letakkan di pinggul kanan dia. Romantic tau hug dari belakang.

"Sayang dah makan?" Aku buat suara lembut.

Dia diam. Masih marah pasal hal semalam mungkin. Isteri mana tak terasa bila suami tak layan dan terlupa nak ambil dia di shopping mall? Bukan salah suami yang dok sibuk main dota sebenarnya. Well, wife aku ni kuat merajuk tahu? Tapi aku suka. Boleh memeriahkan rumah tangga.

"Marah kat abang ekkk?" Aku cuba pujuk. Aku memang tak pandai pujuk.

Dia still diam.

Aku rapatkan muka aku ke pipi dia, then kiss.

Dia lap guna belakang lengan dia.

Aku kiss.

Dia lap.

Aku kiss.

Dia lap.

Aku kiss.

Then dia tolak aku sambil berkata "Jangan la kacau. Orang nak basuh pinggan niii". Akhirnya dia bersuara. Muka maintain garang. Garang-garang pun comel.

"Tak boleh kiss ke?"

Dia diam.

"Awakkk" Aku buat suara mendayu.

"Apa awak-awak? Pi main jauh-jauh" Dia avoid keadaan.

Tetiba pintu rumah terbuka dan anak kedua aku nampak dari kejauhan.

"Assalamualaikum Ibu, Daddy."

Salam di jawab.

"Daddy tak habis-habis kacau Ibu lagi ke?"

Aku hanya tersengih-segih. Begitu juga dengan anak keduaku. 

*************

Rasa macam nak kahwin kan?