Sunday, 22 April 2012

4 TAHUN LAGI


4 TAHUN LAGI...DAN CINTA BARUKU...


perkataan "4 tahun lagi" pada waktu dahulu adalah perkataan yang sentiasa aku nantikan saat itu..kerana penantian itu satu penyeksaan tetapi di akhiri dengan kemanisan..namun..Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya..:)dan Alhamdulillah kebahgiaan untuknya telah di miliki..aku tetap bahagia melihat dia bahagia..:)

namun..perkataan "4 tahun lagi" itu kembali dalam hidupku..sukar untuk aku menerima..tetapi lafaz itu yang di keluarkan dari seseorang yang lain untukku..

"insyaallah 4 tahun lagi,saya akan menjadikan awak isteri saya.."

mungkin aku terlalu takut dengan masa silamku bila ungkapan itu di ungkapkan..entah..aku tidak terlalu mengharap kepada 4 tahun itu..biarlah...aku yakin Allah lebih Berkuasa tentangnya..

mengenai cinta baruku yang sebenar...aku jatuh dengan seorang hamba Allah ini...pertama kali mengenalinya..aku menjadi lembut..namun..apabila aku berada di sisinya..aku merasa kerdil dan seperti tidak layak untuk mendampinya..

kak asiah...itulah cinta baruku..seorang yang sopan santun..menjaga tatasusila dan paling penting..bila bercakap soal cinta...sweet sgt jwpn dr dia..

"ana..cinta yang lagi berkah adalah mencintai suami kita..khwin masa belajar bukan bermaksud kita gatai nk khwin..tp nk dpt keberkatan itu yg pnting..xpe..nanti ana akan dapat suami yang akan membahagiakan ana.."

SHORT NOTE:BOLEH TAK AKU KATAKAN...AKU TERLALU RINDU KEPADA SUAMIKU WALAUPUN AKU TIDAK MENGETAHUI SIAPAKAH JODOHKU..KERANA AKU SEMAKIN TAKUT DENGAN HATIKU..YA ALLAH..KUATKAN CINTAKU YANG ADA INI UNTUK SESEORANG YANG HALAL UNTUKKU..MANAKALA..CINTA BARUKU DI ATAS ADALAH KEPADA KAK ASIAH..ASIAH..SEORANG WATAK DALAM TAUTAN HATI YANG BENAR2 AKU SUKAI..YANG AKU MERASAKAN ADA KE ORANG SEPERTINYA...ALLAH ATURKAN AKU BERTEMU ORANG YANG LEBIH KURANG SEPERTINYA DI DALAM DUNIAKU..:)

*selamat pengantin baru,kak asiah..semoga perkahwinan yang bakal berlangsung pada bulan 1 ni memberi kebahgiaan dan berkekalan hingga sepanjang hayat..

(..."akak xknai bkl suami akak ni...knl bila dh nk khwin..dia mai dtg jmpa kuarga..dan trus dtg meminang..takut nk khwin..blajaq msk pun xabih lg..hehe..tp insyaallah..Allah akan permudahkan segala urusan.."

*umur 21 tahun dah kahwin dah..perkenalan antara mereka benar2 mengikut cara islam yang sebenar..jatuh cinta mendengarnya..:)

PETUA HILANGKAN BATUK


Rasanya nak masuk 3 minggu aku batuk-batuk. Paling kronik 2 minggu pertama la sampai rasa nak pecah dada bila terbatuk.
Macam-macam jenis ubat dah aku cuba. Tapi hasilnya macam tu jugak. Batuk berkahak. Selagi kahak tak dikeluarkan, selagi tu la tekak ni rasa tak selesa. Tapi macam mana nak hilangkan batuk dan kahak ni?Bila difikirkan balik tak salah kita nak cuba petua orang dulu-dulu. Atas kesedaran nak cepat-cepat sembuh, aku Google la petua nak hilangkan batuk ni.
Ini adalah hasil carian yang aku cari kat internet. Semoga bermanfaat untuk semua. Tapi aku tak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Hehehehe icon biggrin Petua hilangkan batuk dan kahak

► Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
► Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
► Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
► Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
► Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.
► Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.
► Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.
► Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
► Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.
► Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
► Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
► Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
► Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
► Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
► Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
► Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
Itu adalah antara petua yang aku cari kat internet untuk dikongsi bersama. Kalau ada cara lain apa kata kongsikan di ruangan komen.

11 CARA UNTUK MEMIKAT WANITA



Lelaki. Ada yang sekali dia petik jari, berduyun perempuan datang padanya. Ada yang dah puas, macam-macam cara dicuba untuk memikat hati gadis idaman, tak juga dapat-dapat. Siap ada yang juga yang dah mandi bunga. Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan perlu berusaha, selebihnya serahkan pada-Nya. Bercakap tentang memikat wanita, setiap orang punya strategi masing-masing.

Sebelum dapat, memang akan cakap. “apa saja untukmu”. Sebetulnya, wanita tak mengharapkan anda melakar namanya di langit biru atau menempah iklan semata-mata untuk menyatakan anda cintakan dia. Cukup sekadar membuat hatinya gembira dengan itu secara tak langsung akan terbitnya bahagia.

Berikut cara paling efektif untuk memikat wanita buat arjuna-arjuna “DTPM” (ditolak tapi pantang menyerah).   Memang, tak ada siapa pun yang sempurna di dunia ni, tapi mungkin tips ni boleh buat anda sempurna di mata dan hati si dia. 
1.Dah dapat nombor telefon atau dah add twitter atau facebook. Mulakan  langkah pertama sebagai kawan dulu (pelan-pelan kayuh...). Perempuan tak suka lelaki terburu-buru atau bahasa lainnya, gelojoh.


2.Wanita sukakan perhatian. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Selalulah telefon, SMS, email dan sebagainya untuk bertanyakan khabar atau paling tidak Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.


3.Terima dia seadanya juga cuba memahami dan ambil tahu apa yang digemari dan disukainya. Bila rasa anda berdua punya keserasian dan dah kenal hati budi masing-masing, barulah ke langkah seterusnya, melamar sebagai kekasih hati.


4.Jadilah diri sendiri, sepanjang perhubungan. Tak perlu berpura-pura baik, kalau nak puji biar kena masa. Tak perlu buat-buat tunjuk ikhlas atau kontrol macho sangat. Tapi taklah bermakna anda boleh berkasar sesuka hati. Cuba kawal  emosi dan tabiat buruk ketika anda berdua berjumpa. 
5.Wanita suka sikap lelaki yang spontan, peka dan memahami-sesekali anda boleh membuat kejutan kepada si gadis dengan mengirimkan bunga atau hadiah. Tak perlu terlalu romantik sangat tapi janganlah sampai tak ambil berat langsung. Kalau nak buat candylight dinner, tak perlu beria-ria, make it simple!


6.Menepati janji. Kalau dah kata nak jumpa pukul 2pm. Pastikan lebih datang tepat pada masanya. Jangan berulang kali memberi alasan apatah lagi alasan yang sama.
7.Tunjukkan kemampuan serta keyakinan diri. Contoh, kalau takder duit buat cara takder duit. Kebanyakkan wanita sebenarnya lebih suka dengan lelaki yang bersikap sederhana biarpun lelaki itu seorang yang kaya raya. Kalau pandai berjenaka, setiap kali bertemu dan berbual-bual, esekali anda boleh buat lawak tapi awas, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri. Wanita suka lelaki yang berkarisma, mampu menjadi pembimbing dan melindungi.


8.Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa jujur. Sekiranya dia sedang bercerita  tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas. Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya.


9.Cemburu buta, syak wasangka, membuat tuduhan melulu. Itu antara sebab yang boleh buat hubungan anda tidak berkekalan. Jangan gunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Letakkan kepercayaan padanya dan bukannya mengongkong. Sebaliknya anda perlu bersikap tenang dan tidak mudah melenting. Cuba selesaikan satu-satu perkara itu dengan mengajaknya berbincang secara baik.


10.Hormatinya dan jangan ambil kesempatan, itu penting! Kalau masih dalam peringkat berkawan, sentiasa ingatkan diri yang kalian hanya sekadar kawan. Jangan melebih-lebih. Kalau dalam peringkat sebagai kekasih, anda harus buat i gadis merasa dirinya amat penting, rasa istimewa dan jangan ambil ringan dalam semua perkara.


11.Berikan juga layanan yang baik dan mesra kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya. Misalnya bertanyakan khabar keluarganya. Jika rakan-rakan dan keluarga tidak menyukai anda, si gadis juga mungkin akan mempunyai perasaan berbelah bagi terhadap anda.